cmne nak start eh? lamo kot xberkongsi cerita di sini.. minda seakan beku dan kaku mencari idea-idea, cerita-cerita, kata-kata mahupun ayat yang dirasa sesuai untuk dikongsi disini.. seakan berkarat, berhabuk.. erk nampaknya perlu diselenggara secara berkala.. ;) (sesi merepek mahupun kononnya ayat puitis sudah tamat)
anda penggemar buku ilmiah? saya? sudah tentu tidak.. hahahha.. sumpah, buku yang paling ilmiah penah aku baca buku akademik je kot.. tu pon sbb nak exam mahupun buat assignment.. kalo xharammm nak sentuh..
dan disaat aku melihat manusia yang membeli mahupun membaca buku ilmiah, motivasi.. terdetik dalam hati.. 'uish, kagum gila.. bila aku nak jd cmni.. tp gila skema'.. betapa naif dan kerdilnya pemikiran ini.. sampaikan pernah berhari-hari aku memikirkanya.. bagaimana aku mahu jadi seperti mereka.. pernah mencuba.. tp lastnya buku baca tuan.. ahaaaa.. tu diaaa.. terbaik.. hahahha
buku kesukaan aku.. yang pasti aku sanggup berjaga untuknya.. komik (ini mmg kegilaan).. novel (feeling habis).. ;)
baru-baru ni pameran baucer buku 1Malaysia diadakan.. aku melihat kegilaan mahasiswa membeli buku. sampaikan, tafsir Al-Quran di popular sold out.. phewww.. gila gempak.. pergilah kedai buku sekitar batu pahat.. crowded gile.. bersesak.. buat aku tersenyum.. hah, tu dia.. sape kata susah nak serapkan budaya membaca dalam kalangan mahasiswa.. ini buktinya ;) ehem.. termasuk aku la kan.. kalo tak cmne aku leh tau situasi ini..
tp, pada aku pemberian baucer ini agak bgs.. sbb ia dah buka minda aku. sebelum ni, aku sgt berkira utk menghabiskan duit untuk buku.. tp skrang buat aku fikir, xrugi kot habis duit untuk buku.. pelaburan jangka panjang.. dan, aku dah mula berjinak dengan dunia pembacaan yg sebelum ni pd pndapat aku "SKEMA HABIS".. hahhaha.. nice!
buku yang beli (aku kira permulaan yang baik la untuk aku, sbg mahasiswa yang xsuka membaca)
-secrets of steve jobs (smoga aku dpt jd penyampai yang hebat spt steve jobs)
-who moved my cheese?
-misteri jodoh (hahahahha.. yg ni xtau nape leh beli)
-buku masakan (wahahaha.. ni pelaburan jangka panjang)


No comments:
Post a Comment