Tuesday, April 14, 2009

:::bosan:::


LIBRA SEPINTAS LALU

Lambang Dacing
Kunci Kata Perhubungan
Kekuatan Kesinambungan; Kehalusan
Perlu Perbaiki Rasa Diri
Cepat Mesra Dengan Aquarius
Perlu Belajar Daripada Aries
Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Capricorn
Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Cancer
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Gemini; Virgo
Warna Kesukaan Biru; Hijau Jed
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan Harmoni Merah Gincu; Merah; Merah Marah
Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Merah Perang; Ungu; Ungu-Merah
Batu Permata Kemerah-merahan; Merjan; Zamrud
Logam Tembaga
Bau-bauan Mawar; Badam; Vanila
Hari Terbaik Jumaat




Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang
lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang
kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu.
Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila
menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat
benci pada perkara-perkara yang berbau keributan
terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal
percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian
tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun
begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.


OKTOBER

suka sembang
suka orang sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan dan sopan santun
kecantikan luar dan dalam
tidak pandai berbohong dan berpura-pura
mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong orang jika tidak diminta
suka melihat dari perspektif sendiri
tidak suka terima pandangan orang lain
emosi mudah terusik
suka berangan-angan dan pandai bercakap
emosi yang kelam kabut
daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
suka melancong, bidang sastera, dan seni
pengasih, penyayang, dan lemah lembut
romantik dalam percintaan
mudah terusik hati dan cemburu
ambil berat tentang orang lain
suka kegiatan luar
orang yang adil
boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat


LIBRA : KERJAYA DAN KEWANGAN


Di khalayak ramai , orang berlambang Libra ini adalah pembela .

Kawan atau kenalannya adalah merupakan ‘ahli keluarga’ nya.

Mungkin inilah sebabnya Libra ada potensi untuk menjadi ketua

atau menonjol dalam kepimpinan politik.


Dalam hal mengembangkan bakat ,

Libra sukakan kerjaya yang dapat menyatakan idea dan

perasaannya secara bebas ( terbuka ). Sehingga Libra banyak

terlibat dalam seni kreatif dan di samping kerjaya yang lain ,

Libra mampu menonjol sebagai pendidik atau pakar perunding.


Namun , Libra lebih fleksibel dalam pendekatan kepada kerjaya.

Bagi Libra , hati dan perasaan kawan atau orang sekitarnya perlu

dihormati perasaan mereka. Dari segi kewangan, Libra memang

berusaha mencari wang ringgit, tetapi lebih untuk faedah orang lain

daripada dirinya semata – mata. Setiap wang yang diperolehi dipastikan

menjadi keperluan menyara keluarga atau kawan.


Mungkin dengan sebab yang demikian , Libra kerap membelanjakan wang
yang banyak untuk hiburan atau perkara yang seumpamanya. Di samping ,
Libra gemar menolong kawan yang memerlukan bantuan kewangan.
Dengan perkataan lain , bagi orang yang berzodiak Libra,
“wang senang datang dan senang pula pergi”.

4 comments:

Jiemache said...

b0se gak g la stadi...

"hari ini perjuangan, esok satu pengharapan, lusa satu kemenangan"

kaizen said...

ape sbnar nye yg cube dismpikn ni???

Ummi Aini said...

libra k?
sma gak acap ak...hehe...

Jiemache said...

aku pn libra gak....