Monday, April 6, 2009

:::bengkel bata:::

setelah selesai projek di makmal paip, seterusnya kami ke bengkel bata. untuk bata, kami ada 2 projek yang perlu disiapkan dalam masa 4 minggu. kami dibahagikan kepada 2 kumpulan, maknanya setiap kumpulan ada 4 orang. 3perempuan dan 1lelaki.


minggu pertama kami (aku, ipah n asiah) ketinggalan satu layer memandangkan seorang ahli kumpulan kami (lelaki) tidak hadir kerana sibuk berkayak di pulau sibu. tetapi kami tetap berbangga dengan hasil kerja kami, walaupun sepanjang bengkel berlangsung, kami asyik kena perli dengan en atan. "cmner nak ngajar budak ni, kalo projek mcm ni pun kamu xmampu buat"<--- ayat en atan. adoi, sabar ye kengkawan. jgn putus asa...hahaha.. untuk projek pertama kami buat ikatan bata berbentuk L. ikatan ... dan ikatan english..















ipah yang kuat





















ni projek pertama kami berbentuk L

projek 2<-----> kami buat tiang. "untuk projek ini xdapat dikenalpasti jenis ikatan yang digunakan" menurut kata en atan. kali ini kami juga agak ketinggalan walaupun kami sudah cukup ahli. So, kesimpulannya kami bertiga memang hebat. hahaahaha.. tp memang tak puas hati ngan Ajol, dia telah mematahkan semangat kami dengan asyik mengeluarkan kata-kata (sambil memandang ke arah projek kami) "asal kamu punya tiang kembang semacam jer".. argh tekanan yang amat sangat mendengar ayat itu. kerana itu, kami berkali-kali terpaksa merobohkan kembali tiang tersebut dan mengikatnya kembali dengan berhati-hati. tp malangnya, ia tetap sama. lastnya, redha je lah.. tp thanks gak group sebelah kerana tolong ikat gak bata untuk kami.




















akhirnya tiang berjaya disiapkan


seterusnya, kerja menilai. untuk projek ajol, aini, nab n mai, kami menghantar ipah n zul untuk menilai, sementara aku dan asiah mengemaskan hasil kerja kami. sementara untuk penilai group kami ajol n da geng bersungguh mencari kelemahan projek kami demi memotong markah kami.. hahaha.. dan tanpa disangka semasa sesi pergaduhan tentang penolakan markah, en atan datang menyelamatkan kedaan.. hahaha, ajol xdapat potong markah kami.. ajol jgn sedih2 ye..















ajol n da geng yang berusaha memotong markah kami.. hahaha


seterusnya kerja merobohkan kembali projek dan mengemas bengkel. kami bersama-sama mengemas begkel. nilai murni, bekerjasama dapat dicapai.

2 comments:

Ummi Aini said...

ni leh r tlng bt umah tuk dkt ak...
huhu...

norfadila2010 said...

hahahaha..
blh je, tp kalo dlm masa 3 ari ko nye rumah roboh, jgn salahkan aku ye..