Sunday, May 13, 2012

:cerita posting:

semua dah start bercerita sal posting.. sape2 yang nak dihantar ke sarawak mula menerima surat panggilan utk hadir taklimat 23/05/12.. dan akan dihantar ke srwk terus pada keesokan harinya.. ramai yang menarik nafas lega.. isu posting akhirnya selesai..

namun, aku mula menjadi manusia yang kurang bersyukur.. orang kata itu rezeki.. hati aku terdetik bersabar 3thn, itu juga rezeki.. mula menimbang jalan mana yang harus ku pilih..

aku dgn impianku.. keluarga dengan harapannya serta supervisor aku dgn keiginannya.. org kata keiginan diri sendiri kadang kala perlu diutamakan.. tp.. mampukah aku terus melangkah dengan mengabaikan keiginan org disekelilingku?? i'm stuck!!

hati mula berbelah bagi.. pergi?? aku xyakin aku mampu.. melakukan 2 kerja yang berat dlm 1 masa, bukan perkara yang mudah tp ttp tidak mustahil.. buat salah satu pilihan??

firman Allah dalam surah Al Baqarah, ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.” 

"decisions are the hardest thing to make especially when it's a choice between what you should and what you want to be"

hurm.. sv sy mahu sy terus kekal di sini.. bersabar 3 tahun.. InsyaAllah, awak akan dpt hasil yg lebih baik.. but u need to work hard!!

keluarga sy mahu sy bergelar guru..

saya???

No comments: