Friday, March 25, 2011

:wlpn aku bkn guru yg baik, sungguh aku menyanjung tinggi jasa seorang guru:

huh!! igt nak tido awl.. tp terbaca komen dr kawan kepada seorang sahabat.. mmg bikin panas malam2 ni.. bukan kerna sy seorang guru, tp kerna sy menyanjung tugas guru.. mungkin sesiapa yg xpenah bergelar guru, mereka tidak akan sesekali memahami perasaan guru..

tidak wujud guru yg tidak pernah cuba mendidik pelajarnya menjadi insan berguna, tidak ada guru yang harinya tidak dipenuhi dgn kata2 nasihat kepada pelajarnya, tidak ada guru yang gembira saat pelajarnya tidak berjaya memahami apa yang diajarnya, tidak ada guru yang jemu dalam mengajar dan mendidik anak bangsanya.. mungkin ada keluhan yang keluar, ada komen yang terucap, tp disebaliknya perit memikirkan apa yang dilakukan, apa yang perlu dibaiki demi pelajarnya..

adakah pelajar yang tidak cemerlang salah guru?? adakah akhlak pelajar yang runtuh salah guru?? adakah guru mengajar ikut silibus salah guru?? adakah guru tdk boleh menggunakan kekerasan dlm mendidik pelajar juga salah guru??

keruntuhan akhlak.. berpunca drpda apa?? adkh mereka perolehi dr sekolah?? tdk bukan.. kita boleh lht skrng, media massa yang sentiasa menggalakkan anak remaja membuka aurat.. menunjukkan mahkota seorang perempuan sehingga pelbagai jenis produk diperkenalkan.. internet.. utk pengetahuan semua, kegunaan ict di sekolah adalah dipantau.. dan smua laman web yang berunsurkan 18sx adalah di block sama sekali.. jd bagaimana mereka mampu melayarinya?? dirumah bukan?? kebebasan yang diberikan membuatkan mereka leka.. tp guru tetap dipersalahkan.. dikatakan tdk pandai mendidik, tdk reti mengawal.. ye, smua salah guru.. kerana masa bersama guru lbh lama, ibu bapa terus melepaskan tanggungjwb kpd guru.. adilkah??

sy msh igt, waktu tu sy darjah 6.. sy dicubit guru sehingga biru sbb salah lebih dr 5soalan, lalu sy mengadu kepada ibu.. ibu berkata "xkan cg saje2 nak cubit, mesti ada sebab".. berbeza bukan pandangan ibu bapa dulu dan kini.. jika kini, agaknya cg tu dh selamat naik court.. jd adakah ini juga salah guru.. sedarlah, tugas guru ada hadnya.. tambahan lg dlm era sekarang..

merujuk kepada kata-kata time kecik guru2 skrang ade minat lain, last2 dh besar jd guru.. ye sy akui.. mungkin ramai yg begini.. dan sehingga ke saat utk latihan mengajar mereka masih belum berjaya menukar minat itu.. tp percayalah, disaat mereka berdepan dgn pelajar rasa tanggungjawab akan hadir dgn sndiri.. ini ada tugasku, pelajar2 dihadapanku adalah amanatku.. dan mereka akan melakukan sehabis baik..

tp percayalah, dlm marah guru.. terselit doa, sy mahukan awak berjaya.. dalam marah guru, terselit kasih, sy marah sbb sy syg awk.. dalam marah guru, tersimpan impian, sy mahu awak jd orang berguna..

yup, mungkin aku tersentak dgn kata2 mamat tu sbb aku bergelar guru.. wlpn aku bkn guru yg baik, wlpn aku pernah mengatakan aku xminat profesion ini, wlpn aku selalu merungut aku fed up dgn pelajarku.. tp ttp rasa tanggunjwb yg aku pikul.. dlm rungutan, dlm benci, dlm kecewa yang hadir.. aku tetap ingin memberikan yg terbaik.. aku tetap mahu mereka berjaya.. aku tetap ingin melihat mereka menjadi insan berguna.. kerana aku sayang mereka semua...

6 comments:

norfadila2010 said...

kalaulah anda semua jutawan.. antara kereta proton vs ferari.. yg mana akan anda pilih?? kenapa??

kaizen said...

terrrrrrbaik lah kak dila....

akupunya said...

i agree wif u

nabms89 said...

dila, aku memahami dan totally agree... hurmm... byk betul cabaran guru zaman sekarang.. smga mun dan kwn2 kite tabah...

Unknown said...

saya faham itu...
igt apa? senang ke jd cikgu?

norfadila2010 said...

hahaha.. br terperasan komen2 anda.. nway tq kerana support