Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab
pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab
pada orang disekeliling akibat daripada bahaya
asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok
atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan
memasuki rongga mulut dan hidung melalui
kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap
rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di
sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh
menyebabkan pelbagai penyakit di mulut,
kerongkong, paru-paru dan barah. Asap
akan melalui saluran pernafasan ke dalam
paru-paru dan merosakkan saluran bronkus,
menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian
paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi
udara dalam paru-paru (alveoli) dan
menyebabkan penyakit emfisima.
Asap rokok yang dihidu juga akan
melalui saluran penghadaman dan
pencernaan, yang boleh menyebabkan
pelbagai penyakit di bahagian esofagus,
perut dan pankreas.
Racun dalam asap rokok yang larut air
akan memasuki sistem saluran darah dan
dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin,
bukan saja memberi sifat ketagihan,
malah menyebabkan saluran darah
arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan
dinding arteri dan akan memudaratkan organ
berkaitan.
Kesan ini, dalam jangka panjang,
akan menyebabkan simptom kebas pada
kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati,
kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung
dan sebagainya.
Racun rokok akhirnya disaring dalam buah
pinggang dan dihapuskan dari badan melalui
air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu
lagi keracunan hasil penguraian kimia asap
rokok yang turut merosakkan buah pinggang.
Racun dalam air kencing juga menyebabkan
kerosakan pundi kencing.
Racun akibat merokok juga mempunyai
kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan.
Secara umum diketahui merokok boleh
menjejaskan fungsi beberapa kumpulan
enzim di hati dan ada kalanya ia boleh
memperhebatkan kesan sampingan sesuatu
ubat itu.
No comments:
Post a Comment