Monday, May 25, 2009

::pengajaran untuk diriku::

24/05/09

termenung di kamar dah hampir 21taun(bln 10 ni) aku diami.. sekadar merenung rentetan peristiwa yang telah aku alami sepanjang hidup ni. peristiwa suka dan duka. tiba2 aku teringat sesuatu..

"jika dengan memberikan kesakitan membuatkan kita ingat kepada-Nya, maka Allah akan menurunkan kesakitan itu supaya kita sentiasa mengingati-Nya..
DAN
jika dengan memberikan kegembiraan membuatkan kita ingat kepada-Nya, maka Allah akan menurunkan kegembiraan itu supaya kita sentiasa mengingati-Nya"
kata2 ni diberikan oleh lecturer grafik kejuruteraan yang juga lec awam aku..

membuatkan aku terfikir, sepanjang hidup ni setiap kegembiraan aku mengucap syukur di dalam hati, tidak pernah lebih daripada itu. sedih mengingatkan sikap ini. teringat kata2 guruku, "apabila orang memberikan sesuatu (yang baik), kita mestilah balas dengan lebih baik". blaja bersyukur Fadila...

"jangan bersedih di atas segala perancangan Allah terhadap fadila, apa yang fadila nampak tdk baik, tdk bgs di mata fadila, merupakan yang terbaik dan terbagus utk fadila. sesungguhnya Allah membuat perancangan yang sangat baik utk setiap hamba-Nya. mungkin skrang fadila tidak nampak kebaikan itu, tapi percayalah ia merupakan jalan yang TERBAIK untuk fadila"
nasihat yang sgt berguna drpd Ustazah Hayani akn sentiasa kekal dlm ingatan.

dan tb2 aku terpandang, ayat 1000 dinar yang hampir 5tahun tergantung di kamarku. ayat yang hampir 5thn, mak suruh hafaz. xpenah aku amek kisah. dan saat ni terdetik untuk aku menghafaznya, Alhamdulillah aku berjaya. Syukran jazillah Ya Allah kerana telah menyedarkan aku.

"Ya Allah kau jauhkanlah aku daripada bala bencana, dan Kau dekatkanlah aku kepada rahmat dan hidayah-Mu. Amin"

"bila Dia makbulkan doa kita, itu tandanya kita disayangi, bila Dia lambat kabulkan doa kita, itu tandanya Dia nak uji kita,bila dia tak makbulkan doa kita tu, bermkna dia ada rancangan yg lebih baik untuk kita. oleh itu, sentiasalah bersangka baik pd Allah dlm apa jua keadaan pun. kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaan-Nya."

2 comments:

Encik Kiut said...

wah...student kesayangan en.atan...hahaha...
pa2 pun...insaf baca ayat ko...hehe..
sama2 la kita memperbaiki dan muhasabah diri...

norfadila2010 said...

erm, btl..
yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan..