Friday, March 27, 2009

:::temubual program PIAGAM:::

beberapa hari yang lepas (dah lama dah sebenarnya, saje nak sedapkan ayat), aku ada isi borang untuk join program PIAGAM under fakulti pendidikan teknik dan vokasional. untuk program ni, semua IPTA akan menghantar 5 orang wakil (bakal-bakal guru) untuk ke sekolah-sekolah LUAR BANDAR di SABAH selama seminggu. so, 5 orang ni akan dikumpulkan di UMS dan akan dibahagikan kepada 5 kumpulan. maksudnya, dalam satu kumpulan hanya akan ada satu wakil untuk setiap universiti.

so, aku dapat panggilan daripada pejabat menyatakan aku dipanggil untuk temubual. temubual diadakan pada hari ni, 27.3.09 pukul 3 ptg. kami semua dikumpulkan di FPTek 3. sepatutnya, semua yang terpilih seramai 20 orang. yang hadir cuma 11 orang sahaja.

sesi temubual dimulakan dengan penerangan serba sedikit berkenaan program. seterusnya disambung dengan sesi menjawab karangan (berkenaan kenapa saya perlu dipilih untuk menyertai program ini) dan lukis logo dan moto melambangkan kecemerlangan. so, aku buat je la ala kadar, maklumlah bm dapat a2 je. untuk sesi ni, di conduct oleh ketua jabatan kejuruteraan, Dr....

sesi yang seterusnya adalah sesi soal jawab secara berkumpulan. maknanya, kami kena fight sesama sendiri seramai 11 orang. soalan dikemukan secara umum dan sesiapa nak jawab angkat tangan la. sebanyak LIMA soalan ditanya dan yang paling membanggakan aku, cuma SATU soalan je yang aku dan kengkawan jawab. tu pun salah jawab, confius dengan perkataan justifikasi. ingatkan tujuan tetapi rupanya mengapa. so, untuk soalan selebihnya, kami jadi pendengar dan duk gelak-gelak tanpa perasaan kat belakang. hahaha.. aku memang perosak keadaan. sesi ni di conduct oleh ketua jabatan ikhtisas, Dr...

conclusion, untuk program ni memang aku xdapat la.. hahahaha

p/s: ajol sori sesangat, xperasan mesej ko td. sori ye..

No comments: