Friday, February 20, 2009

:::kerja tertangguh:::

BBE2072 - PSIKOLOGI REMAJA
10/3/2009 - presentation ke 11 "prasangka dan diskriminasi".
hmm so far baru siap design power point dan buat pengenalan ahli. bahan bacaan dah banyak, tp masih tak ada mood untuk mulakan pembacaan. sebab kebanyakannya dalam bi. agak malas la. untuk presentation ni kena hantar hard and soft copy. power point soft, report hard copy. report siap xsampai 10%.
satu lagi assignment kena baca artikel pasal "internal factors related to relational aggressionin childhood and adolescence". InsyaAllah masuk test or final <--- ayat en rasid.

BBE2083 - PENGAJARAN MIKRO
untuk subjek ni, kena berlakon jadi guru untuk 1period(40 minit). maksudnya pra-mengajar la ni. so far, rancangan mengajar dah siap, power point untuk mengajar dah siap, video (aku n ipah berlakon jadi wakil PERKESO) pun dah siap, just tinggal nak mengajar je. tp agak nervous sebab mengajar dalam bi. kali ni aku akan mengajar 'safety at construction site'. may be next week kot kena mengajar.

BBT2124 - KEMAHIRAN TEKNOLOGI INDUSTRI 1 - AWAM
arini(20/2/2009) dah start ke makmal paip. selamat tinggal makmal kayu. tp sampai ke hari ini, baru siap 2 duti untuk report kayu. ada lagi 3 duti yang masih belum disiapkan. kena submit before 3/3/2009.

BBT2612 - ELEKTRIK & MAGNET
untuk subjek ni tak de apa2 assignment yang tertangguh. cuma nak kena belajar dengan lebih gigih memandangkan selama ni xpernah tahu belajar apa dan dah belajar sampai mana. so kena kaji balik silibus dan subtopik untuk subjek ni. tiba2 rasa cam syok je jd dr cam dr. hisyam. masuk kelas baca subtopik je. test lak masuk sesuatu yang xpernah di ajar dan disebut dalam kelas. aku rasa macam genius gile masa jawab aritu.

BSM2253 - MATEMATIK IV
x ada assignment or kerja tertangguh.

UMG1312 - BAHASA JERMAN
3/3/2009 - pembentangan projek bahan audio visual (pengenalan kepada masa)
sekarang baru siap draf awal. masih dalam pebincangan tentang penyampaian interaktif power point. masih kurang faham pasal penggunaan am dan pm dalam bahasa jerman. agak memeningkan kepala. isnin depan (23/3/2009) ada sedikit perbincangan dengan frau zakiah mengenai audio yang akan dimasukkan dalam projek kami.

UQK1661 - KEUSAHaAWANAN
subjek 1jam kredit, tp kerja mengalahkan 4jam kredit.
28/2/2009 - ke cameron highland
akan buat survey pasal cara pengendalian perniagaan penjual di cameron highland. selain itu, akan mendengar sedikit ceramah dari pemilik ladang strawberi di sana. bayaran penceramah, bayaran makanan = rm50.
selain itu, terpaksa buat kertas kerja untuk berniaga. satu syarikat (maksudnya kumpulan), 9 orang rakan kongsi. wajib keluarkan modal lebih rm100. so, hasil perbincangan modal= rm100.10. nama syarikat simplecash.sdn.bhd. so far, ak masih lagi status penghutang (maksudnya masih belum keluarkan modal).

LAIN-LAIN HAL
jawatankuasa pelajar tanpa asrama - perkembangan kurang memuaskan. argh..
my mind need a rest too. help..

No comments: